? ??????????????Pyramid Night? ????? ?? ???Rating: 4.2 (30 Ratings)??1 Grab Today. 3467 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Awesome Space? ????? ?? ???Rating: 4.3 (44 Ratings)??1 Grab Today. 5883 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 13, 2009

Seniman Kampong

Datuk bilang zaman dolu2 (muda2 gitu) waktu tibanya malam duduknya bersila diatas pangkin bawah pokoknya kelapa sayup2 berkumandang lagu2 sebegini di tambah pula adanya alunan bunyi gesekan biola, beserta ketukan tin biskut, ditambah lagi sama itu alat musik yang namanya geng gong (harmonica), tiupan seruling jugak... tu baru di sebut2 fulamak!!! kok sampainya terlena bersandar di batang kelapa.




Pernah ku dengar alunan bunyi nih!!! tapi di mana ya!!! kok sepertinya jari paman ku bisa menari2 di atas yang namanya gitar kelompong .. hukhukhuk...

Wednesday, November 4, 2009

Lagu untuk anak Daro Kampung



SERI MENANTI
SERI……….. indah namo tu…..
Hebat !!! sehebat taik lombu menyambut tetamu datang ke senanti….
SERI paduka baginda
Datuk SRI Datin SRI
Tiang SERI

Sempena nak menyambut bulan haji nih …. Harap2 Pak Chik Hattan tu boleh la nyanyikan lagu nih untuk anak2 daro kampung kito supayo diorang nih besori-sori dari segalo sogi… tak lah kopam / bekarat / locoih yoooo…..sebolum poi haji muko dah besori-sori.


Ramai sebona eee orang senanti / pilah / negori yang bebakat dalam bidang musik /seni nih!!! tak cayo tanyo Pak Chik hattan ni hah!! perintis "Brainchild" "Heavy Machine" "Headwind" "Blackrose" "Bloodsheed" "olan" "Cikgu Joseph Chelliah"... tak tekato ramai lah laie. Dio orang nih professional... tak koja glamour, berhibur tuk isi maso lapang, release tension. Yang datang tehegeh2 kemudian nih yang jadi tak semonggah, glamour pakai namo jadi macam boruk kono belacan keh keh keh...Selalu eeee cam tu lah... mulo2 muka toya masing2, penampilan, message bagus.. dah ada peminat hah tak soda diri la pulak.. hehehe paham2 lah kan?

Penyanyi2 nih ontah lah... menyanyikan lagu & lirik orang pun leh perasan cam dio yang hebat. Peminat dah tontulah kono rasuk hantu tak sodakan diri. Ondak2 yang pompuan pulak tuh!!! eeee geli.... Polik kan??? lagu di donga di telingo... apasal manusia yang mengelinjang lak yang dipujo...!!!
Anak daro senanti tak cam tu... harap2 hebat cam Saidatina Khadijah, Fatimah, mashitah, Siti Hajar walau pun soro diorang sodap. ngaji sodap nyanyi sodap and pandai lak lam bidang musik tu. ngeh ngeh ngeh...

Agak2 eee pasal apo lagu2 80an sodap di dongar...sobab...kato atok den, kato uwan den, kato ombong den, kato ochu den... lirik dio di ambik dari penulih2 sajak yang kluar dalam Majalah2, utusan pelajar, dalam Komik Bujal pun ado... keh keh keh kelakar tul. Atok ngan uwan den maso tu suko hantar gamba lam ruangan kombang setaman.


Penulis veteran pun ramai dari negori nih... sampai ado yang kono gola'an Tuan Tulih, menulih yo kojo eee...tapi polik tak do lak karya dio kan!!! apo yang di tulih eh ontah lah. uhuk uhuk

Tuesday, October 27, 2009

DAULAT TUANKU!!!!!


deyen baghu jo balik daghi pertabalan, alhamdullilah cuaco baik, tak ujan, tapi paneh sket la, ghamai la yang berpoloh bawah kemah dopan istano..

Adalah dengan ini patik ingin merafak sembah menjunjung duli bersempena dengan istiadat pertabalan Tuanku sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 yang berlangsung pada hari Isnin 26 Oktober 2009 bersamaan 7 Zulkaedah 1430 Hijrah.

Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku akan dikurniakanNya dengan keimanan,kesihatan dan kekuatan diri yang mantap dalam menjalankan tugas pemerintahan demi kepentingan negeri dan rakyat jelata.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Salasai lah sudah!!!!!
Apo cito eeee Penghulu Paribumi (Penghulu Naam) yang di panggal kepalo eee dek Rajo Melewar dulu... tak ado ko katurunan eeeee...KUI!!! KUI!!! KUI!!! Anak2 eee di jadikan gundik2 lak tuh!!! ....Latih den mikir an sobab eeee.... di halau eee kek orang senanti Rajo Melewar ke Rombau.. sampai mati di sinun... ado pebilangan menyobut...Rombau serombau rombau eee pakung sado alah he!!!
Eleh !!!!! tokey guthrie (Bhamphu estate) yang kono bunuh anak beranak pun apo kurang eeeee... tak ado ko pewaris eee hehehehe uhuk uhuk uhuk!!!!!
Tak nak di pebosa posakan ko sejarah nih!!!

Ish Ish Ish .... jom menari tarian Pendet hehehe ....



Tokoh2 Negeri Sembilan

PENDAHULUAN

Sejarah kebangkitan anak melayu di Negeri Sembilan menentang penjajahan penjajah Inggeris tidak kurang hebatnya dengan pejuang-pejuang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Antara puluhan pahlawan yang berjuang 12 pahlawan inilah yang diperkatakan sebagai pelopor perjuangan Melayu. Mereka ini adalah pejuang-pejuang anak Negeri Sembilan yang suda menabur bakti kepada perjuangan nasionalisme di negeri ini. Mereka adalah ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan di sekeliling masyarakat akibat penindasan secara halus yang dijalankan oleh penjajah. di bawah ini disenaraikan nama-nama 12 pahlawan Negeri Sembilan berserta ringkasan kisah hidup perjuangan mereka.

TOKOH PAHLAWAN

Dato' Moyang Salleh

Merupakan Undang Luak Jelebu pertama. Membuka jalan kepada Negeri Sembilan berkerajaan sendiri, dan kemudiannya menetapkan raja yang dijemput dari Pagar Ruyung di Minangkabau sebagai raja bagi menggantikan pemerintahan Sultan Johor.

Dato' Dol Said
Penghulu Naning, putera Melayu pertama menentang penjajahan Inggeris tahun 1831-1832. Keberaniannya melawan kuasa besar dari barat dianggap luar biasa sekalipun berakhir dengan kekalahan. Bagaimanapun kekalahan itu adalah disebabkan ada pembelot di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

Penghulu Naam
Merupakan Penghulu Luak Muar yang pertama. Berpegang kuat kepada prinsip dalam menentukan siapa berhak menaiki taktha Negeri Sembilan. Keberanian menentang Raja Malewar yang belum diiktiraf sebagai raja membuktikan dia kuat mempertahankan prinsip dan kedaulatan wilayahnya.

Dato' Panglima Sultan Karo
Menjemput Raja Malewar menaiki taktha 1773, seorang buapak luak Ulu Muar. Kuat berpegang pada janji Disebabkan dia diberi tugas untuk menaikkan Raja Malewar ke atas takhta, janjinya tetap dikotakan sekalipun terpaksa menentang penghulunya sendiri.

Dato' Bandar Tunggal Abdullah b Ahmad
Pembesar Sungai Ujong berperang melawan Inggeris tahun 1874. Dilucutkan jawatan oleh Inggeris, tetapi semangatnya terus kental hingga rumah dan kampungnya dibakar oleh pihak Inggeris. Pertelagahannya dengan Dato' Kelana Syed Aman, menjadi sebab kemarahan Inggeris dan peniaga-peniaga Cina dari Melaka apabila dia menentang pembolotan ekonomi menyebabkan orang Melayu susah.

Yamtuan Antah
Raja Melayu pertama berperang melawan Inggeris tahun 1876, hingga terpaksa hilang wilayah. Sebagai penyelesaian, baginda hanya berkuasa di Seri Menanti sahaja setelah kalah dalam Perang Bukit Putus.

Dato' Siamang Gagap
Menentang Inggeris di Istana Seri Menanti dalam tahun 1874, akhirnya jawatan yang dipegang dimansuhkan. Dia ikut sama Yamtuan Antah berundur ke Singapura , dan tidak mahu mengiktiraf campur tangan Inggeris. Dia kemudiannya menjadi orang biasa sebelum beliau mangkat.

Dato' Bongkok Abdul Malik
Menentang sistem raja. Keberaniannya melanggar tradisi telah membuka jalan ke arah pembaharuan dalam sistem beraja di Negeri Sembilan.

Dato' Haji Sail
Undang Rembau, menentang Inggeris sekitar 1880an. Dia disingkirkan dari jawatannya dengan tipu helah Inggeris, kemudiannya dibuang ke Singapura.

Pendekar Sampan
Berjuang menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus tahun 1876. Menjadi jurulatih silat kepada pemuda-pemuda yang mempertahankan Seri Menanti dari serangan Inggeris. Terkorban dalam peperangan kerana kesetiaannya.

Bilal Ismail
Menentang Inggeris di Jelebu pada tahun 1880, dan dituduh menderhaka kepada Yamtuan Muda Jelebu. Dijatuhkan hukuman bunuh. Orang yang bertanggungjawab membunuh Bilal Ismail kemudianya dihukum bunuh bagi meredakan krisis berkenaan.

Pendeta Za'ba
Menentang Inggeris dengan mata penanya. Dia menganjur Kongres Melayu 1946, dan mencetuskan perjuangan UMNO. Dia tidak terbabit dalam politik, tetapi boleh menumpukan kepada pembangunan intelektual Melayu.

Monday, September 28, 2009

TiAdA LaGi yg sPeRtI aYaHkU......~

masih adakah lelaki sperti ayahku ini....
setiap kali tibanya waktu maghrib,isyak atau waktu2 lain..tidak mungkin trlepas untuk solat brjemaah brsama2..kecuali hari ahad,selasa dan jumaat sbb ke masjid mendgr org mengajar..dgr mengajar utk mengukuhkn dan lebih arif ,sahih soal agama
supaya tidak mnjadi pak turut dan hanya mndgr kata org..meneroka ilmu kitab setiap hari..tibanya bulan ramadhan..setiap mlm,terawih adlh wajib..kecuali ada hal2 lain yg membtskn..

masih adakah lelaki sperti ayahku ini..
setiap hari memberi pesanan supaya membaca Al-Quran berserta maknanya..supaya tidak hanya tahu menyebut ayat2 suci tetapi dpt memahami setiap 'cerita' yg ingin dismpaikn ayat2 indah itu..setiap kali memesan untukku supaya menabung..dan brjimat..
kerana kita tidak tahu..biler masakah kiter akan betul2 memerlukan wang..dan aku akur..

masih adakah lelaki seperti ayahku..
sporting dan suke brjenaka untuk menghiburkn isteri dan anak2nya..walaupon pernah dia melukakan hati aku suatu ketika dulu..dan skrg adakalanya..aku tidak pernah menyalahkn ayahku ini..kerana setiap tindakan mengundang hikmah yg tidak terhingga maksudnya untukku..sehingga aku tidak henti2 brsyukur mndapat ayah seperti ayah ku ini..

masihkah ada lagi lelaki sperti ayahku..
apabila aku mahu keluar..dihukumnya aku soalan2 yg tidah pernah putus jwpnnya..
apabila aku pulang lewat..marahnya sperti api yg tidak mahu trpdm..tidak pernah mahu aku keluar dgn lelaki supaya org yg keluar brsama dlm hidupku adlh org yg dikenalinya shj..tp itulah ayahku..yg masih menghargai adanya aku..masih mahu mengambil tahu hal aku..sbg anaknya..

tiada lagi yg sperti ayahku..
ketika kaum adam mnjengah ku melalui telefon rumah..dimarahnya aku..katanya aku tidak layak memakai hp..krn akan mengganggu pljrnku..mmg hatiku marah..tp itulah prlmbagaan yg tertinggi dlm keluargaku ,adlh arahan seorang ayah..jauh sekali untuk kecewa..kerana aku fhm..kata ayah..lelaki skrg masih aderkah lg yg baik2..
masih aderkah lagi yg jujur..masih aderkah lagi yg ikhlas..masih ader lgkah yg tidak mahu mengambil kesempatan di atas kebaikn seorg perempuan..

katanya lagi..18 thn aku ini masih terlalu...terlalu mentah..mudah ditipu org,mudah percayakn org,mudah dipengaruhi org dan ambil mudah dlm smua hal..walaupon aku sdar aku tidak selalunya sperti yg ayah katakan..tp itulah hal yg paling manis dlm hidup ku..

ketika aku masih mndgr suaranya memarahiku..ketika dia masih mahu menasihatiku ketika dia masih mnjadi seorg ayah yg brtanggungjwb..

dan aku masih ingat..ketika aku meminta2..kalau boleh satupon hasratku tidak mahu dikecewakan..adakalanya aku tidak sedar seperti tiada satupon yg tidak pernah tertunai hasratku..kecuali aku meminta sesuatu yg benar2 tidak brkenan dihatinya..
dan aku menunggu supaya suatu hari aku pasti mndptkannya..dgn restunya sendiri..


masih adakah lagi lelaki yg brpendirian sperti ayahku ini..
masihkah ada lagi lelaki yg mahu mnjadi sperti ayahku....?
masih ada lagikah......~?

Wednesday, September 16, 2009

BALIK BERAYA DI KAMPUNG



Yeee Haaa!!!! Syawal bakal menjelma. Tak sabar2 rasanya nak balik kampung rumah nenek beraya. Dapat berkumpul sepupu sepapat, sedara mara, yang jauh dekat, ziarah pusara kaum kerabat. Hihihiiiiiiii seronoknye!!!!!! Semayang sunat raye dengan Sultan baru tahun nih!!!


Pandang tu ha!! uwan den dah nunggu anak cucu balik. teconggok yo dio dopan muko pintu.




Iyo la hai!!! lombu pun samo nunggu.. aiyo parah nih!!!






Dah nampak sebijik motokar. Tak lamo lai ponoh lah laman uwan den dek kereto. Orang pokan balik kampung la katokan... Macam boruk Haji Ba'ok hehehe...

Monday, August 31, 2009

ADAT MERENTAS ZAMAN

PUISI PESAKA LAMA


Kunci Orang Beradat
(apologi kepada perbilangan Adat Perpatih)

Selama lebih 600 tahun, Adat Perpatih diamalkan sesuai dengan perbilangan: "Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah SWT."


Kunci alam kepada raja
Kunci luak kepada penghulu/Undang
Kunci suku kepada tua
Kunci waris kepada pesaka
Kunci anak buah kepada buapak
Kunci orang semenda kepada tempat semenda
Kunci bini (isteri) kepada laki (suami)
Kunci anak kepada emak.


Adat beratur bilang bertentu
Mengaji kepada alif
Berbilang kepada satu
Bercakap kepada pangkal
Sehelai tikar putus
Sebingkah tanah terbalik
Sebatang kayu tumbang
Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah!


Tergawa mati, tanda berhutang
Bukan hutang padi nan bersukat
Bukan hutang kain nan sehasta
Bukan hutang ringgit nan berbilang
Hutang pesaka dengan adat
Hutang budi dengan bahasa!


-Alba,Jelebu, N.S.14 Oktober 2008.


SISTEM ADAT PEPATIH


Negeri Sembilan Unik kerana beberapa sifatnya. Negeri itu merupakan gabungan beberapa buah wilayah kecil dalam satu ‘Konfederasi’ yang mengamalkan system dua kerajaan (dual government) iaitu adat dan legislatif. Selain itu, masyarakatnya mengamalkan system matrilineal dan patrilineal dan mempunyai raja yang dibawa masuk khusus untuk memerintah negeri dengan kuasa yang terhad.

Hal yang demikian berlaku di sebabkan fenomenon sejarah yang berlangsung di rantau ini sejak kejatuhan Melaka (1511) dan kelonggaran pentadbiran kesultanan Johor-Riau dalam abad2 berikutnya. Menurut tradisi, dikatakan ada seorang pegawai, Datuk Ganti Maharaja yang di lantik oleh Johor untuk menjadi wakil Johor di kawasan2 ‘Negeri Sembilan’ sekarang tetapi tiada catatan tentang kuasanya itu (Hooker: 1971:105). Malah dalam pertengahan abad ke 17 pengawalan Johor ke atas Negeri tempatan amatlah lemah walaupun ada ‘sistem residen’ itu (Parr & Mackray 1910:1516).

Dalam tahun 1770 empat wilayah Rembau, Sungai Ujong, Johor, Ulu Muar telah memberontak. Tradisi tempatan tidak jelas dalam hal ini tetapi yang jelas ialah bahawa kerajaan Johor telah semakin lemah dan empayar itu semakin di kuasai oleh pihak Bugis. Sultan Abdul Jalil II telah di kalahkan oleh Raja Kecil dalam tahun 1722 dan pengantinya, Abdul Jalil II adalah Boneka Bugis. Kemudian pihak Bugis telah mendirikan kesultanan Bugis di Selangor pula. Dengan tekanan dari utara dan selatan oleh Bugis, keempat empat wilayah konfederasi ini pun merayu kepada Sultan Minangkabau di Pagar Ruyung dan sejak itu perhubungan dengan Johor pun terputus.

Melihat ketetapan penghulu2 luak mengundang Raja Melewar dari Pagar Ruyung sebagai muslihat politik untuk mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik dan mengurangkan penentangan yang mungkin datang dari anasir2 luaran dan dalaman. KJatanya pemilihan daripada kalangan calon tempatan tidak di lakukan disebabkan status persamaan yang terdapat di kalangan para undang yang ada. Jadi usaha mendatangkan seorang raja yang asing dengan kuasa ‘keasingan’ dan ‘keneutralan’nya, diharap dapat menjamin perjalanan perdatangan dengan orang luar secara lebih licin lagi kerana keabsahannya datang satu kuasa dan tidak daripada empat kuasa atau lebih seperti sediakala. Beliau berpendapat juga bahawa wujudnya “Yang di Pertuan Besar” menandakan penguasaan status golongan Minangkabau vis-à-vis golongan Orang tempatan (Biduanda).

Sejarah Awal Negeri Sembilan

Perpindahan orang Minangkabau ke Semenanjung nampaknya bermula selepas kejatuhan Melaka. Dalam tahun 1613 Godinho de Eredia menyebut di dalam bukunya tentang petempatan orang Minangkabau di daerah Naning dan Rembau (yang dikatakan kepunyaan Johor). Tidak di nyatakan bahawa daerah2 Johor atau Sungai Ujong di diami oleh orang Minangkabau. Daerah2 lain, seperti Sungai Ujong, didiami Orang Asli (Biduanda, Basisi dan Jakun). Dalam tahun 1643 orang Belanda telah mewujudkan ‘Negeri sembilan’ yang pertama dengan mengakui Dato Seri Lela Merah sebagai penguasa Naning. Dalam tahun 1705 orang besar Naning yang bernama Juara Megat telah menerima anugerah mohor daripada Sultan Abdul Jalil IV, Johor. Dalam 1707 pembesar Rembau pula telah menerima gelaran warisan dan mohor daripada Johor. Dengan kurnia Bendahara Seri Maharaja. Beberapa tahun selepas itu (1715) Datuk Bandar Sungai Ujong menerima pengakuan yang sama (Winsedt, 1934:56). Datuk Jelebu (Datuk Moyang Saleh) tidak berbuat demikian sehingga tahun 1757 dan Datuk Inas mungkin diakui dalam masa yang sama. Semasa negeri-negeri ini belum lagi mengamalkan Adat Pepatih, bahkan tak mungkin adapt ini berpengaruh di Kelang, di Segamat dan di Jelai.

Tekanan pihak Bugis dan semakin kurangnya kuasa Melayu dari Johor menyebabkan orang Minangkabau di Rembau, Sungan Ujong, Johol dan Ulu Muar ingin berhukum menurut Adat Pepatih. Mereka pun membuat keputusan mengundang anak2 raja dari Pagar Ruyong sebagai raja dan penyelesai kepada masaalah mereka. Pengembaraan wakil2 dari keempat-empat ‘negeri’ itu ke Sumatera di ketahui umum (Parr dan Kackray, 1910:17, Lister 1887: 41-42) tetapi yang menarik ialah istilah2 tambahan yang di sifatkan kepada negeri2 itu:

Rembau - Disebut Tanah Kerajaan yakni tempat YamTuan yang pertama di tabalkan iaitu di Penajis

Sungai Ujong - Disebut Balai Melintag, iaitu balai penghadapan yang terletak melintang dengan istana besar tempat kediaman Dato’ Kelana Sungai Ujong. Menurut Harver (184:246) istilah ini menunjukkan kuasa Dato’ Kelana menentang sebarang pembaharuan yang di utarakan oleh YamTuan.

Johor - Disebut Balai Bertingkat yang mengambarkan balai Undang Johor yang atapnya bertingkat2. Ini menunjukkan kedudukan Undang yang sangat tinggi.

Ulu Muar - Disebut Tanah Mengandung kerana tempat kediaman YamTuan tergolongan di dalam lingkungannya.

Anak2 raja Pagar Ruyong yang mula2 sampai (Raja Kasah, Raja Adil, Raja Khatib) terbukti tidak diterima. Raja Khatib sebenarnya di perintah oleh Sultan Munim Syah pergi ke Semenanjung (Muar) untuk menyambut Raja Melewar iaitu anak raja yang di tetapkan pergi ke Semenanjung, beliau belot dan mengaku dirinya raja yang sebenar yang di hantar oleh Pagar Ruyong untuk di tabalkan. Raja Khatib berkahwin dangan Warna Mas, anak Penghulu Na’am, Ulu Muar. Dalam masa itu Raja Melewar singgah di Siak (untuk mendapatkan pengiring2 handalan) dan kemudian pergi ke Johor untuk mendapatkan cap mohor untuk memerintah negeri. Perbilangan adat ada menyebut:

Beraja ke Johor
Bertali ke Siak
Bertuan ke Minangkabau


Setelah itu Raja Melewar pun berangkat menuju ke Naning. Dari Naning baginda masuk ke Rembau lalu di tabalkan di Kampung Penajis, kira2 dalam tahun 1773. Disinilah timbul perbilangan adat:

Tanah Kerajaan Di Penajis
Tanah Mengandung di Seri Menanti

Raja Khatib dan mertuanya, Penghulu Na’am, di perangi lalu di bunuh. Seterusnya Raja Melewar beristerikan Cik Seni, anak bongsu Penghulu Na’am. Kemudian Raja Melewar pindah membuat ibu negeri di ‘Seri Mananti’ di Ulu Muar. Baginda tidak di beri tanah atau kuasa memungut cukai tetapi di tetapkan ufti dalam bentuk padi dan kelapa. Tanpa kuasa, baginda tidak dapat bersaing dengan ketua2 daerah seperti Datuk Kelana Putera Sungai Ujong atau Datuk Penghulu Rembau. Kuasa pembesar2 Bugis di Sungai Ujong, di Kelang dan di Rembau memang lebih besar daripada Kuasa Yang DiPertuan Besar di Seri Mananti.
(Disini wujudnya dua wilayah bernama Seri Menanti, di Ulu Muar dan Kuala Pilah.
Penempatan Awal dan Penempatan Kedua.)


Perbezaan Negeri Sembilan dengan Negeri2 Lain

Perbezaan utama di antara Negeri Sembilan dengan negeri2 Melayu yang lain di Semenanjung terletak pada amalan Adat Perpatih yang berdasarkan konsep ‘matrilineal’ tetapi paras politik tertinggi menurut konsep ‘patrilineal’ (daripada bapa kepada anak lelaki). Kewibawaan, bagaimanapun, berpunca daripada orang ramai (anak buah) oleh sebab:

Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat lembaga menjadi Penghulu
Bulat penghulu menjadi Raja


Pendek kata, buapak (ibu bapa), lembaga, penghulu (penghulu luak, bukan kampung) dan Raja adalah wakil2 anak buah.

Orang Negeri Sembilan terbahagi kepada 12 suku, yakni:

Biduanda atau Waris
Batu Hampar
Paya Kumbuh
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang
Seri Lemak
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Aceh
Anak Melaka
Tiga Batu

Suku di bahagi pula kepada perut, ruang dan rumpun. Walaupun pertalian keluarga menjadi factor penting dalam system sosiopolitik ini, namun konsep kedaerahan menjadi factor penentu juga. Oleh itu kerajaan terdiri daripada sembilan buah negeri, biasanya di sebut luak. Buapak dan lembaga adalah ketua2 kelompok keluarga, sementara penghulu ialah ketua Daerah. Perbilangan adapt menyebut:

Alam nan beraja
Luak nan berpenghulu
Suku bertua (berlembaga)
Anak buah berbuapak

Walaupun Negeri Sembilan mempunyai masyarakat yang berdasarkan konsep sama rata, namun ada system hirarkinya yang jelas. Diantara datuk2 Penghulu, Datuk Penghulu dari Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu mempunyai status atau darjat yang lebih tinggi. Pada merekalah terletaknya tugas dan hak istimewa melantik tiap2 Yang di Pertuan Besar yang baru. Oleh itu mereka di gelar Penghulu Berlantik. Di antara mereka berempat, Datuk Penghulu Sungai Ujong lebih diutamakan kerana beliau di anggap ‘abang’ walaupun Yang di Pertuan Besar mempunyai status yang tertinggi, kedudukan baginda tidak serupa dengan raja2 Melayu yang lain. Pada awal lagi, kewibawaan baginda telah di bataskan:

Adapun Raja itu tiada mempunyai negeri dan tiada boleh mencukai kharajat, melainkan berkeadilan sahaja serta permakanannya duit sesuku (12 sen), beras dua gantang, nyior setali (dua biji).

Ini bermakna bahawa raja itu ‘tiada beralat kebesaran, tiada berakyat atau bernegeri’ hanya kepadanya di serahkan pengadilan. Sumber sara hidupnya : 12 sen, beras 2 gantang dan kepada 2 biji daripada taiap2 keluarga. Walaupun begitu, bagindalah yang mengesahkan perlantikan tiap2 penghulu oleh lembaga. Kuasa pentadbiran Negara dan pengurusan Yang Di Pertuan di laksanakan oleh Penghulu Berlantik.

Apabila Raja Melewar mangkat dalam tahun 1795, baginda dig anti oleh putera2 dari Pagar Ruyong: Raja Hitam (1895-1808), dan Raja Lenggang (1808-1824). Raja Laboh (Yam Tuan Sati) datang dalam tahun 1824 tetapi tidak berjaya menjadi Yang di Pertuan. Setelah YamTuan Sati dipecat, ada lima orang raja menuntuk menjadi calon YamTuan Seri Mananti. Mereka ialah Raja Raden putera YamTuan Lenggang, YamTuan Beringin, Raja Kerjan (pernah memangku jawapan YamTuan Seri Menanti) YamTuan Sati (telah di pecat) dan Raja Ali YamTuan Muda Rembau. Datuk Undang Sungai Ujong dengan sokongan Datuk Undang Rembau telah melantik Raja Raden menjadi YamTuan IV (1830-1861). Setelah Raja Raden mangkat, Tengku Imam menjadi YamTuan (1861-1869). Pada tahun 1869 hingga 1872, Negeri Sembilan tidak mempunyai raja di sebabkan perbalahan diantara Tengku Ahmad Tunggal, anak YamTuan Imam dengan orang besar2 dan Penghulu Luak yang benci akan kelakuan buruk beliau. Sementara itu, Orang Besar Kahar bergelar Datuk Siamang Gagap) telah melantik Tengku Ampuan Intan, janda almarhum YamTuan Raden menjadi Pemangku (1869-1872). Selepas Tengku Lintau (abang Tengku Antah) menolak pencalonan, barulah diangkat Tengku Antah menjadi Yamtuan VI (1872-1888).

Pada bulan Ogos 1874, Datuk Kelana Sayyid Abdul Rahman telah meminta pihak British melantik seorang residen di Sungai Ujong. Pada September 1874, bendera ‘Union Jack’ telah di kibarkan dekat rumah Datuk Kelana di Ampangan. Pada awal tahun berikutnya, Residen British yang pertama di Sungai Ujong, Patrick J. Murray, pun tiba.

Hubungan Negeri Sembilan – Minangkabau

Hubungan dengan Minangkabau tidak membawa erti politik yang besar tetapi membawa akibat sosial yang penting. Kedatangan Raja2 dari Pagar Ruyung memperkuat pengaruh undang2 Minangkabau dan status Adat Perpatih yang sebellum kedatangan mereka itu hanya di amalkan oleh keluarga2 didalam suku. Walaupun kebanyakan penduduknya orang Minangkabau, penghulu2 daerah adalah keturunan orang Melayu Melaka-Johor, yang berkahwin dengan ketua2 Bugis. Kedua2 puak ini tentu masyarakat ‘patrilineal’ (menurut keturunan sebelah bapa), dan penghulu2 dari Johor ini mengamalkan adapt Temenggong. Begitu juga masyarat yang di pengaruhi Bugis di Linggi, Sungai Ujong dan Rembau adalah menurut system “bapa sebagai kepada keluarga” (patriarchal). Selama ini suku2 matriarchal (ibu sebagai kepada keluarga) wujud di dalam sistem politik patriarchal, tetapi dalam beberapa dekad pada akhir abad ke 18, sistem matriarchal Minangkabau telah berkembang dan akhirnya di gunakan di seluruh Sungai Ujong dan daerah2 yang kini di sebut Negeri Sembilan pada awal abad ke 19.

YamTuan: Jawatan dan Kedudukan

Jawatan “Yang di Pertuan Besar” atau YamTuan telah di adakan pada tahun 1773, bermula dengan Raja Melewar dari Minangkabau sebagai YamTuan yang pertama. Ketiga2 orang YamTuan yang awal memegang jawatan itu seumur hidup. Raja Melewar (1773-1795), YamTuan Hitam (1795-1808) dan YamTuan Lenggang (1808-1824) adalah anak raja yang di datangkan dari Minangkabau untuk memegang jawatan itu setelah seorang demi seorang YamTuan awal itu mangkat. Pada mulanya telah dilakukan usaha mengaitkan kedudukan Raja yang belum tetap itu dengan sistem adapt. Usaha itu berupa perkahwinan diantara Raja Melewar dengan dua orang saudara perempuan daripada suku Batu Hampar yang juga keturunan ‘Air Kaki’. Dalam masa yang sama, dua keturunan Air Kaki ini telah di beri jawatan Seri Amar DiRaja dan Raja Diwangsa yang masih menjadi pusaka turun-temurun.

Ada lima suku yang termasuk dalam lingkungan ‘Air Kaki’ iaitu:

Suku Batu Hampar
Suku Tanah Datar
Suku Tiga Batu
Suku Seri Lemak Pahang
Suku Seri Lemak Minangkabau

Suku Batu Hampar Sungai Layang di sebut pula ‘Air Kaki yang Jernih’ kerana Cik Seni anak Penghulu Na’am yang di larikan Raja Melewar itu berasal dari suku Batu Hampar Sungai Layang.

Perlu di sebut disini bahawa Seri Amar Diraja dan Raja Diwangsa (iaitu dua orang saudara Cik Puan Cik Seni) dan dua orang lagi dari suku Tanah Datar (Keturunan Sultan Sumanik dan Johan kebesaran) menjadi orang besar empat istana yang asal. Dua orang yang kemudian ini bergelar Penghulu Dagang dan Akhir Zaman. Suku2 dalam lingkungan istana tadi adalah mereka yang:

Menjadi pegawai2 istana dari kalangan anggota suku2 itu; dan
Menduduki kawasan di sekeliling Istana di Seri Menanti.

Jawatan YamTuan pada dasarnya dilakukan secara pemilihan. Pemegangnya dipilih sebulat suara oleh para Undang dari Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau. Calon yang dianggap layak adalah daripada satu keluarga. Bahkan hal ini diakui dalam Sri Menanti Agreement of 4th June 1887. Seksyan IV menyatakan:

‘The Government of Her Majesty the Queen acknowledges Engku Besar Muhamad the son of Tengku Antah to be his successor as YamTuan of Sri Menanti and his legitimate successors after him’.

Kerajaan Baginda Queen mengakui Engku Besar Muhammad putera Tengku Antah menjadi pengantinya sebagai YamTuan Seri Menanti dan seterusnya penganti2nya yang sah selepas baginda (Hooker 1969:162).

YamTuan nampaknya, mempunyai dua status: sebagai raja Seri Menanti berdasarkan atas hak kelahiran dan sebagai raja Negeri Sembilan berdasarkan pilihan Undang yang empat. Pemilihan memberikan peluang kepada Undang yang empat melaksanakan hak mereka mengangkat calon yang paling sesuai.

Calon di kira sesuai : Raja Gopal, Raja Linggam, Raja Kanna.
HE HE HE
Pahlawan masa depan


Monday, July 27, 2009

KOLEKSI BUKU ADAT PEPATIH

1. Adat Merentas Zaman - Tan Sri A Samad Idris
2. Anjung Teromba - Dato' Dr. Mohd Rosli Saludin
3. Glosari Adat Negeri Sembilan (Kulit Nipis) - Norhalim Hj Ibrahim
4. Glosari Adat negeri Sembilan (Kulit Tebal) - Norhalim Hj Ibrahim
5. Hari-hari Mendatang Adat Perpatih - Dato' Dr. Mohd Rosli Saludin
6. Luak Jelebu - Tan Sri A Samad Idris
7. Luak Johol - Tan Sri A Samad Idris
8. Luak Tanah Mengandung - Tan Sri A Samad Idris
9. Mencari Pengertian Teromba - Dato' Dr. Mohd Rosli Saludin
10. Nilai-nilai Islam Dalam Teromba - Dato' Dr. Mohd Rosli Saludin
11. Payung Terkembang - A. Samad Idris
12. Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat - Nadzan Haron
13. Setitis Tinta Abadi - Haji Muhammad Tainu
14. Terombo Atau Perbilangan? Satu Analisis Awal - Norhalim Hj Ibrahim



Koleksi Prof Dr. Hamka

1. Di Bawah Lindungan Kaabah - Prof Dr. Hamka
2. Di Dalam Lembah Kehidupan - Prof Dr. Hamka
3. Falsafah Hidup - Prof Dr. Hamka
4. Falsafah Ketuhanan - Prof Dr. Hamka
5. Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB - Prof Dr. Hamka
6. Hamka Pujangga Islam - Kebanggaan Rumpun Melayu - H. Rusydi Hamka
7. Islam & Adat Minangkabau - Prof Dr. Hamka
8. Kesepaduan Iman & Amal Salih - Prof Dr. Hamka
9. Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang - Prof. Dr. Hamka
10. Merantau Ke Deli - Prof Dr. Hamka
11. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Prof Dr. Hamka
12. Terusir - Prof. Dr. Hamka

Saturday, July 25, 2009

Pekan Seri Menanti




























Monday, July 13, 2009

Suasana di Kampung




Kubur lama
Makam lama








Ibu saya tak menetap di Kampung, Bila kami dah besar, barulah merasa balik kampung yang dah hampir 30 tahun di tinggalkan




Kebelakangan ni , hujung minggu sudah menjadi semacam kemestian pula balik kampung bagi mengadakan aktiviti riadah. Memancing, perjumpaan kaum keluarga dekat dan jauh. Suasana tenang, aman, tenteram, jauh dari kesibukan kota yang begitu sesak serta melelahkan.






Penghuni kampung kebanyakannya warga emas yang dah tak berupaya.










Menyeronokkan apabila tibanya musim buah.
Jemput kawan2, kenalan datang.

Anak Melayu Jati




Tahun 1993. Ish Ish Ish comelnya saya ketika ni....Masa ni kami hanya 2 beradik. Ada rupa macam anak orang2 Jepun tak???




Ibu saya di lahirkan pada tahun 1964 di Sg. Besi, Selangor dan di besarkan di merata rata semenanjung malaysia termasuk sabah/sarawak al-maklumlah anak Askar Melayu Rejimen ke 10 dolu dolu. Menurut Ibu saya, anak tentera dulu tak sama seperti anak tentera sekarang, menetap lama di satu2 tempat. Berpindah randah tu dah menjadi lumrah. Ada kalanya kotak belum sempat dibuka dah diangkut naik trak semula. pindah lagi ....




Arwah datuk dulu terkenal sebagai penembak No. 1 Askar Melayu pernah mendapat anugerah dari Queen Elizabeth the ...... berapa entah....
Mewakili Misi Askar Melayu ke Congo
Mengambil bahagian dalam Konfrantasi Indonesia / Malaysia


Masa ni ibu saya belum di lahirkan lagi. Gambar nenek, arwah moyang, pak chik2 mak chik2. Dalam tahun 50an barangkali. Menurut ibu saya waktu ni, tu ler dia motokar yang paling canggih. Motokar sebutan untuk kereta, tak salah model SunBeam eh eh macam bunyi Mr. Bean pulak hehehe. Bila balik kampung aje, tepi bukit, tepi sawah tercaduk kepala penduduk kampung melihat kereta lalu. Boleh di kira berapa biji kenderaan aje yang ada pada masa tu. tak banyak. Deruman enjin kereta pada masa tu boleh lah di umpamakan seperti mendengar deruman jet pejuang lalu hehehe. Kereta datuk hadiah dari orang putih.



Bangga jadi cucu tentera ni. Ibu cerita, tinggal di Kem Askar menyeronokkan. Lebih lagi yang berpangkat pulak sikit. Huh!!! perasan habis!!. Waktu tu jawatan2 tertinggi dalam tentera semua di sandang oleh Mat Salleh (orang putih), Askar Gurka. Pangkat paling tinggi pun bagi orang Melayu hanya sebagai Ketua Rejimen.



Di tengah2 tu Arwah Datuk saya.
Hensem orangnya. Gagah, keturunan pembesar Majapahitlah katakan. Semangat juang tinggi macam ibu dan cucu nyek jugek ish3.



Seronok dengar cerita orang2 tua dulu. Banyak benda pelik2 yang di buat tak macam zaman kita sekarang ni. Duduk rumah, sekolah, kolej, komputer, talipon bimbit, alat2 elektronik yang canggih2. Menurut ibu, generasi sekarang lembik macam siput terpijak, semuanya kena 'spoon feed'. Jati Diri tu kurenggg la sikit. Memang saya akui.

Belajar melalui pengalaman ni lain. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Suka dengar cerita ibu. Pengalamannya tinggal di Sarawak sekitar tahun 1970 bergaul dengan kaum Dayak, Iban, Batak, pesta menuai, hari Gawai. Yang tak boleh di lupa waktu di kem tentera dulu, tiupan trumpet yang di mainkan saban hari. Gambaran suasana sedih, gembira, gempak, meremang bulu roma. Anak2 tentera dulu dari usia awal lagi dah di dedahkan dengan nada2 sebegini. Musik menjadi kemestian begitu juga dengan pengajian di Madrasah (sekolah agama). Ibu saya suka bermain alat musik. Semua alat musik boleh di mainkannya. Zaman ibu saya bersekolah dulu, mata pelajaran Musik boleh di ambil waktu peperiksaan menengah rendah (LCE). Ibu saya mewakili pancaragam sekolah (SIGS Johor Bahru). Kami sekeluarga berrmain alat musik untuk suka2 and mengisi masa lapang. Tak ada pulak ahli keluarga yang jadi artis. Bagusnya askar orang putih waktu tu. Hormat pada agama orang melayu. Madrasah di sediakan bagi orang2 melayu menuntut ilmu agama. Sekarang saya rasa berlainan cikit ramai lak orang melayu mengajak ikut cara oreng putih hik hik hik

Tu diaaa.... tahun 1971. Banjir besar melanda......pakai mini sekerat, hot pant, necktie... imej bertukar selepas orang putih balik negara...orang tempatan ambil alih heh heh heh .....tak pa... boleh patah balik.... menangih arwah moyang2 tengok. Hilang songkok and selendang. Kejutan budaya bermula. tapi tak pa insya'allah.... Islam totap menjadi pojaan hatiku. Askar melayu dulu bila bersara jadi macam kain buruk. Pandai2 ler nak hidup. Balik Kampung, tanam jagung. La ni baru ler pencen naik mencanak2, tu pun balu yang dapat and dapat ler merasa rumah batu subsidi 35 ribu ringgit. Sedih!!!! ish ish ish ... kasihan......

Apabila Pangkat, kedudukan, kuasa, harta di jadikan rebutan. Manusia sombong yang memerintah ini akan menghuru harakan bumi dan isinyei, manusia hilang arah tuju. Badan manusia, dalam dah jadi nate, ada ulo, kala jengking, keledai, babi, beruk, buaye. Mangsa dan pemangsa. Barang sape menang jadilah Jeneral Thade cam cite Planet of the Ape tuh!! ish ish ish....